kena tengok

Ahad, 24 Oktober 2010

Sah

Penyelaras Bestari DG 41, En. Mohd farid Bin Mohd Saad, telah menerima surat pengesah jawatan beliau setelah sekian lama menanti....

Berita Terkini

Banyak berita terbaru yang berlaku di SK Tanjong Bayan, Tapi yang terbaru, Kami akan kehilangan PK 1, Tn. Hj. Rosli Rashit yang akan bertukar ke SK Dato' Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan. walaupun bertukar setara namun jarak dengan rumahnya yang dekat membolehkan beliau lebih menumpukan kepada kerjayanya. Beliau akan mula bertugas di sana pada 1 november ini.

 Tempat beliau akan di isi oleh Pn. Norlaili yang bertukar masuk dari daerah grik. sentera PK HEM pula akan di isi oleh En. Rusli Sidik dari SK Teluk Buluh. Tahnia dan selamat datang kami warga SKTB ucapkan kepada mereka berdua.

Sktb juga akan kehilangan Pn. Norhaida yang akan bertukar ke SK Sungai Buluh, semoga beliau bergembira dengan sekolah baru ini.

Khamis, 23 September 2010

Resipi Buat Roti


RESIPI BUAT ROTI…
BAHAN – BAHAN

1.       Tepung Gandum                             700 gm
2.       Yis Segera Kering                            11 gm
3.       Garam                                                1 camcateh
4.       Gula                                               100 gm
5.       Telur      ……………… …..            50gm ( 1 biji )
6.       Susu segar          ………  …            35 c.c
7.       Air          ………………  ..            400 c.c
8.       Mentega             ………….             70 gm

TAMBAHAN IKUT SUKA HATI

1.       Kismis   …………………..            100 gm
2.       Buah-buahan Campuran …               30 gm

CARA MEMBUATNYA

Ampurkan tepung dan Yis Segera dan adun sampai rata. Tambahkan air, adun +- 5 minit. Masukkan gula, garam, telur, mentega dan susu. Adun lagi 10 – 15 minit. ( sampai adunan licin dan tidak melekat pada jari- jemari yang cantik / Pastikan tidak memakai cincin berlian kerana dikuatiri jadi roti termahal pula ) biarkan selama 20 minit.

Masukkan kismis & buah-buahan campuran dalam adunan, tunggu 15 minit.

Timbang 60gm setiap satu ( kalau nak buat jualan lah… takut rugi kalau tak sama besar ). Buatlah apa bentuk sesuka hati. Nak bulat, empat segi, tiga segi, ( ikut suka la…) Nak bubuh inti dalam ke … terpulang.

Sementara itu panaskan microwave oven pada tahap 180C. dahsiap bentuk letakkan dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega supaya tak melekat kemudian hari dan senang diangkat selapas masak. Sebelum masuk kedalam oven, sapu la… telur pada adunan tadi supaya ia berkilat apabila masak. Nak bubuh keju ke kat topping dia ikut suka la….

Bakar selama 20 minit ( guna microwave oven….)

Resipi disediakan oleh ( Chef. Penyelaras Bestari DG 41 Hakiki )SKTB : ABA 5034.

Isnin, 6 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut Hari Raya Puasa kepada semua warga SKTB. walaupun kita bekerja hingga keakhir ramadhan, kita juga akan bersama menyambut hari raya puasa seperti orang lain juga. kepada pelajar tahun enam khususnya dan guru - guru tahun enam, bersabarlah dalam menghadapi dugaan ... insya allah kita doakan semoga kita mendapat balasan kejayaan dalam UPSR akan datang. Selamat Hari Raya dari saya : Penyelaras Bestari DG 41.

Ahad, 29 Ogos 2010

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat serta Berbuka Puasa

25.ogos.2010 Rabu. Bertempat di Dewan Seri Bayan, SKTB, telah diadakan majlis bacaan Yaasin dan berbuka puasa serta sembahyang hajat. majlis ini telah diketuai oleh bekas guru agama sktb. AF Ust Ahmadal Bawani dari Manjung.
Majlis yang bermula dari jam 6.00 petang itu dihadiri oleh sebahagian besar ibu bapa murid tahun 6 serta semua guru SKTB yang beragama Islam. Majlis bermula dengan Bacaan Yaasin dan tahlil. diikuti dengan majlis berbuka puasa. seterusnya solat maghrib dan solat hajat. selepas itu semua jemputan menikmati jamuan yang telah ditaja oleh Ghulam Rasull.

Majlis berakhir dengan solat insya' dan tarawikh yang turut imami oleh Ust Ahmadal. Suasana ceria dapat dilihat semasa jamuan makan malam. diharapkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan guru dapat diteruskan dalam program - program akan datang. insya allah..

Isnin, 23 Ogos 2010

Ujian selaras Terakhir

Selasa, : 24 Ogos 2010, Hari ini pelajar tahun enam akan menduduki ujian selaras terakhir sebelum cuti sekolah. ujian ini diambil daripada ujian percubaan UPSR negeri Kelantan. Sebelum ini sudah ada 2 murid yang sentiasa konsisten mendapat 5A, diharapkan ujian ini akan menghasilkan lebih ramai murid yang mendapat 5A. selamat maju jaya..

Ahad, 22 Ogos 2010

Selamat Bertugas Di Tempat Baru

SKTB akan kehilangan seorang guru yang dedikasi, En. Ahmad Nazamuddin Bin Abi Madian. Beliau akan bertukar dan dipinjamkan ke PPD Hilir Perak, Sebagai Pegawai Khas LINUS, mulai 2 Ogos 2010. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ' choor ' .